fbpx

Dari panggilan ‘sayang’ bertukar jadi ‘Pak Long’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pendedahan seorang gadis yang terkejut apabila mendapati kekasihnya adalah bapa saudaranya sendiri.

PETALING JAYA – Menjadi keperluan untuk kita saling ziarah-menziarahi saudara-mara agar dapat mengenali mereka dengan lebih rapat.

Sekiranya jarang berjumpa, beberapa masalah boleh timbul temasuklah seperti kisah seorang gadis yang terkejut apabila mengetahui kekasih hatinya sebenarnya adalah bapa saudaranya sendiri.

Menerusi pendedahan Siti Noor Hanim di media sosial, dia mengakui datuk dan neneknya serta ibu bapanya jarang membawa anak dan cucu berjumpa dengan adik-beradik jauh mereka menyebabkan dia kurang mengenali keluarga besarnya itu.

Namun, sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini, mereka berkesempatan berkumpul beramai-ramai dan langkah terkejutnya gadis tersebut, apabila ketika sedang berkunjung ke salah sebuah rumah saudaranya, dia mendapati kekasihnya juga berada di situ.

“Bila tokwan (datuk), nenek, pak (bapa), mak (ibu) tak bawa hang (kau) berjalan kenal adik-beradik jauh, lepas pergi beraya dapat tahu sebenarnya pakwe (kekasih) hang ada sangkut paut.

“Paling syahdu dapat tahu dia itu bapa saudara, tak nak kenal dengan siapa-siapa dah,” katanya.

Sehubungan itu, Noor Hanim memaklumkan dia dilarang oleh keluarganya untuk berkahwin dengan kekasihnya itu kerana status lelaki tersebut dan pasangannya juga boleh menjadi wali kepada ibunya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berpendapat meluangkan masa untuk menziarahi saudara-mara serta mengenali mereka adalah salah satu acara wajib setiap tahun tahun sekurang-kurangnya agar tidak timbul masalah seperti perkongsian gadis berkenaan.

“Sebab itu lah penting jumpa saudara-mara, lagi-lagi bila ada acara berkumpul ramai-ramai, biar kenal setiap pak cik, mak cik, sepupu dan siapa sahaja, sebab ada kes yang dah kahwin, baru tahu saudara jauh,” ujar seorang pengguna.

“Kalau jenis keluarga besar dan ramai ahli yang sering jadi masalah macam ini, sekarang ini ramai duduk jauh dan ada tinggal luar negara, susah nak jumpa, lepas ini kita siasat dulu latar belakang kekasih sebelum lebih kenal,” pesan pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI