fbpx

Universiti awam perlu nilai semula aspek keselamatan fasiliti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noraini (kanan) menyampaikan Skim Perlindungan Takaful Keluarga Berkelompok kepada ibu Lukman Hakim, Wan Rubiah Wan Abdullah di rumahnya di Kampung Bunga Mas, Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI.

KOTA BHARU – Semua universiti awam (UA) di negara ini disarankan untuk menilai semula aspek keselamatan terutamanya fasiliti di bangunan yang menempatkan pelajar-pelajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Profesor Dr. Husaini Omar agar menyampaikan perkara tersebut kepada semua pihak UA.

Menurutnya, beliau tidak mahu kejadian yang menimpa pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Lukman Hakim Mat Rani, 22, yang terjatuh dari tingkat lapan Desa Siswa Tekun terjadi kepada pelajar lain.

“USM telah melakukan kajian menyeluruh bagi memastikan kejadian ini tidak berulang kembali.

“Melalui kajian itu, USM akan melakukan penambahbaikan dalam aspek keselamatan dan memastikan bangunan seliaan mereka menjadi lebih selamat diduduki dan mesra pengguna,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat keluarga allahyarham Lukman Hakim di Kampung Bunga Mas, Panambang di sini hari ini.

Arwah yang merupakan mahasiswa jurusan pendidikan USM semester keempat meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat lapan Desa Siswa Tekun, USM di Pulau Pinang pada 25 April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI