fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir, hujan lebat di enam negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di enam negeri pagi ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk tersebut dijangka berlaku sehingga pukul 12 tengahari nanti.

“Ia melibatkan keseluruhan negeri Perlis dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda.

“Di Perak pula membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Selain itu, keadaan sama turut dijangka berlaku di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya.

Sementara itu, di Sarawak, cuaca buruk dijangka tertumpu di kawasan Kuching dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya).

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

POPULAR