fbpx
Dua MPV yang ditahan kerana mengguna nombor pendaftaran 'fancy' tidak mengikut spesifikasi dal Op. Selamat 18 di Padang Midin, Kuala Terengganu hari ini.

Dua MPV ditahan guna plat nama isteri MIRA, DINA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Tindakan dua pemilik kenderaan pelbagai jenis (MPV) memasang nombor pendaftaran ‘fancy’ yang seakan-akan nama isteri masing-masing membawa padah apabila ditahan polis dalam sekatan jalan raya di Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang berhampiran Padang Midin di sini hari ini.

Kedua-dua MPV jenis Toyota Alphard itu masing-masing dikesan menggunakan nombor pendaftaran MIRA dan DINA yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, kenderaan jenis Toyota Alpard pertama dengan nombor pendaftaran MIRA ditahan pada pukul 3.24 petang.

Beliau berkata, kenderaan kedua daripada jenis sama pula didapati memakai nombor pendaftaran DINA dalam sekatan jalan raya sama 10 minit kemudian.

“Kedua-dua pemilik kenderaan itu memberi alasan menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ berkenaan untuk mendedikasikannya kepada isteri masing-masing.

“Mereka mendakwa teruja baharu memiliki MPV berkenaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya di sini hari ini.

Ismail berkata, alasan terbabit tidak boleh diterima dan kedua-dua MPV itu telah ditahan untuk tindakan lanjut.

Jelas beliau, pemasangan nombor pendaftaran ‘fancy’ terbabit boleh dianggap mahu memperdaya pihak berkuasa dan menyalahi Seksyen 108 (3)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Denda antara RM5,000 dan RM20,000 atau penjara antara setahun dan lima tahun atau kedua-dua boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

“JSPT Terengganu ingin mengingatkan pengguna agar undang-undang jalan raya perlu dipatuhi walaupun kita ghairah menyambut bulan Syawal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR