fbpx

Peniaga pasar malam maut, terlelap semasa memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dipandu mangsa yang merempuh sebatang pokok di Kilometer 10, Jalan Tendong-Bunut Susu dekat Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Seorang wanita peniaga pasar malam maut manakala dua anak perempuannya parah selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Kilometer 10, Jalan Tendong-Bunut Susu berhampiran Kampung Perangkap di sini hari ini.

Dalam kejadian 8.30 pagi itu, mangsa, Rosmawati Zainal, 41, meninggal dunia di lokasi selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, siasatan awal mendapati, mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Tendong ke Bunut Susu dengan memandu sebuah kereta jenis Honda Civic.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, Rosmawati dipercayai terlelap sebelum kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kanan jalan.

“Insiden itu menyebabkan kereta yang dipandu mangsa merempuh sebatang pokok.

“Rosmawati mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala disahkan maut di lokasi kejadian. Dua anak perempuannya pula mengalami kecederaan pada kepala, patah tangan dan tulang paha,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shuhaimi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas di sini untuk dibedah siasat manakala dua anak perempuannya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Tambahnya, kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI