fbpx

Lapan terbunuh dalam kebakaran di Filipina, 80 kediaman hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMEJ dari udara menunjukkan kebakaran yang berlaku di sebuah kawasan perumahan di ibu kota Manila. - BBC

MANILA – Lapan orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh dalam kebakaran besar di sebuah kejiranan di ibu negara Filipina, Manila yang menyebabkan banyak kediaman musnah, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Kebakaran itu bermula sekitar pukul 5 pagi (waktu tempatan) semalam dan memusnahkan sehingga 80 buah rumah.

Api bermula di tingkat dua sebuah rumah di kawasan kampus Universiti Filipina, bandar Quezon dalam kawasan Metro Manila.

Punca kebakaran belum diketahui. Pegawai kanan bomba, Greg Bichayda memberitahu agensi berita AFP bahawa pihaknya mengambil masa dua jam untuk memadamkan api.

“Api merebak dengan cepat. Mangsa tidak dapat menyelamatkan diri,’’ kata Bichayda.

Tambah beliau, enam daripada lapan mangsa yang maut adalah kanak-kanak tetapi butiran lanjut mengenai umur mangsa tidak didedahkan.

“Rumah-rumah itu dibina daripada bahan yang ringan dan mudah dijilat api,” jelas Bichayda.

Metro Manila merupakan sebuah wilayah yang terdiri daripada ibu kota Filipina dan beberapa bandar lain termasuk Quezon serta mempunyai populasi kira-kira 13 juta. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI