fbpx

Laluan Pantai Timur lancar, arah utara sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini laluan arah Utara di Slim River, Perak ketika ini.

PETALING JAYA – Keadaan terkini trafik di laluan Lebuh raya Pantai Timur 1 (LPT 1) dilaporkan masih lancar ketika ini.

Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) melaporkan keadaan trafik masih lancar dari Plaza Tol Karak ke Kuantan dikedua-dua arah.

“Trafik juga masih lancar dari Lentang ke Plaza Tol Bentong terus ke Karak.

“Namun, keadaan trafik dilaporkan perlahan di arah selatan antaranya Putra Mahkota ke  kawasan rehat dan rawat (R&R) Seremban serta Seremban ke R&R Senawang, ” jelas LLM menerusi Facebook rasminya sebentar tadi.

Manakala bagi arah utara, trafik dilaporkan perlahan di Hospital Sungai Buloh ke Tanjung Malim, Behrang ke R&R Tapah serta Tapah ke Gopeng.

Sementara itu, laluan Ipoh Selatan ke Terowong Menora, selepas Terowong Menora ke Sungai Perak dan Bandar Baharu ke Jawi turut dilaporkan mengalami kesesakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI