fbpx

UFO di Marikh sebenarnya bangkai kapal angkasa NASA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan bangkai kapal angkasa milik NASA dan bukannya UFO milik makhluk asing. – NASA/JPL-Caltech

WASHINGTON – Serpihan di Planet Marikh yang didakwa netizen sebagai objek terbang tidak dikenali (UFO) milik makhluk asing sebenarnya bangkai kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), lapor akhbar The Sun.

Gambar tular itu menunjukkan bahagian belakang kapal angkasa yang telah mendarat di Marikh tahun lepas. Imej itu dirakam minggu lalu  oleh helikopter Ingenuity yang dibawa kapal angkasa tersebut dan dihantar ke Bumi.

Kelihatan sebuah payung terjun yang telah digunakan berada tidak jauh dari kawasan tersebut. 

Pendaratan di Planet Marikh adalah prosedur kompleks kerana sesebuah kapal angkasa akan melalui detik yang digeruni selama tujuh minit.  

Pada peringkat akhir pendaratan, kapal angkasa akan bergerak melalui atmosfera Marikh pada kelajuan 19,312 kilometer sejam, mengharungi suhu tinggi dan hanya mempunyai masa 400 saat untuk mengurangkan had laju kepada kurang satu meter sesaat.

Saintis-saintis ingin melakukan persediaan rapi untuk misi akan datang kerana ingin membawa batu Marikh pulang ke Bumi.

“Kenderaan jelajah Perseverance merekodkan pendaratan di Marikh yang terbaik dalam sejarah NASA. Kamera Perseverance merakam semuanya termasuk pengaktifan payung terjun hingga ke proses pendaratan.

“Namun, imej rakaman helikopter Ingenuity menunjukkan sudut pandangan yang berbeza,’’ kata saintis NASA, Ian Clark. 

Gambar itu kemudian mendapat kritikan pengguna media sosial kerana tidak cukup dengan Bumi, NASA juga meninggalkan sampah di Marikh. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI