fbpx

Rumah terbakar angkara cucu main api bakar kotak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah sewa Maimun yang terbakar dalam kejadian di Jalan Dalam Kota, Lundang dekat Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Seorang warga emas hilang kata-kata apabila rumah yang disewanya di Jalan Dalam Kota, Lundang di sini musnah dalam kebakaran angkara cucunya bermain api dengan membakar kotak.

Difahamkan, kejadian pada pukul 1.40 petang itu berlaku selepas kotak yang dibakar terkena tilam lama yang diletakkan di belakang rumah Maimun Abdul Rahman, 51, yang kebetulan ketika itu tiada di rumah.

Maimun berkata, ketika kejadian dia bersama anak dan menantunya sedang membeli barangan untuk menyiapkan tempahan kuih-muih pelanggan di Kubang Kerian di sini.

Menurutnya, dia mengetahui kejadian itu selepas seorang lagi anak menghubunginya selepas melihat api sudah marak membakar rumah yang disewa sejak setahun lalu.

“Saya terus bergegas pulang dan alangkah terkejut apabila melihat rumah kami sudah terbakar. Saya melihat anggota bomba sedang memadam kebakaran di situ.

“Saya amat sedih dan tidak dapat menerima kenyataan rumah itu sudah terbakar. Saya tidak tahu hendak berkata apa kerana kejadian ini dikatakan berpunca daripada cucu sendiri yang bermain api dengan membakar kotak,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Maimun, dia bersama 11 orang ahli keluarganya kini tinggal sehelai sepinggang malah kuih-muih tempahan pelanggan bernilai kira-kira RM5,000 yang dijangka akan dihantar kepada pelanggan malam ini turut musnah.

Katanya yang juga merupakan ibu tunggal, dia dan semua ahli keluarga kini menumpang di sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam berhampiran rumahnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim, Mohd. Ridzuan Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.54 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebanyak tiga buah jentera dengan kekuatan 28 anggota telah memadam kebakaran yang sudah 70 peratus memusnahkan rumah mangsa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI