fbpx

Masalah gangguan air Kuala Terengganu selesai menjelang raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGGANU – Masalah bekalan air berjadual yang membelenggu sebahagian besar penduduk bandar raya ini sejak beberapa tahun lalu berakhir apabila Loji Rawatan Air (LRA) Losong mula beroperasi hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu), Abdul Karim Endut berkata, LRA baharu itu beroperasi dengan kapasiti 20 juta liter sehari.

Beliau berkata, pengoperasian LRA Losong tersebut akan memberi manfaat kepada 30,000 pemegang akaun melibatkan dua tangki iaitu Bukit Kecil dan Panji.

“Sehubungan itu, bekalan air berjadual yang dihadapi penduduk sejak selama beberapa tahun kini sudah selesai sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Abdul Karim berkata, ia membolehkan penduduk menikmati sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan selesa tanpa gangguan air lagi.

Beliau berkata, operasi LRA Losong Pakej itu boleh membekalkan air bersih mencukupi kepada penduduk bandar raya ini terutama di sekitar Bukit Kecil sehingga 2030.

Sebelum ini, sebahagian besar bandar raya ini menghadapi masalah bekalan air berikutan kepadatan penduduk yang tinggi.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI