fbpx

Liverpool tidak penat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL masih segar dengan kejayaan menewaskan Villarreal sekali gus melonjakkan semangat untuk meraih kemenangan berdepan Newcastle malam ini. – AFP

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp memberikan amaran bahawa pasukan kendalian tidak berdepan masalah untuk turun memburu kemena­ngan berdepan Newcastle United malam ini.

Biarpun berdepan jadual perlawanan padat termasuk baharu sahaja meraih kemenangan ke atas Villarreal pada aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara kelmarin, matlamat mereka untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris tidak pernah padam.

Sebelum ini, Klopp mengeluarkan kenyataan kurang senang apabila jadual perlawanan menentang Newcastle terlalu singkat kurang 72 jam sahaja selepas aksi menentang Villarreal.

Bagaimanapun, kejayaan meletakkan sebelah kaki ke pentas final membakar semangat The Reds untuk meraih satu lagi keputusan positif pada perlawanan yang bakal berlangsung di St. James Park itu.

“Kami masih segar dan boleh beraksi dengan baik untuk perlawanan seterusnya. Cara kami bermain memang memenatkan, tetapi cara itu juga nanti akan membuatkan lawan kami keletihan dan mudah ditewaskan.

“Pada kami, cabaran ini sama sahaja kerana kami juga adalah manusia biasa. Apabila anda sudah mencuba, tetapi gagal, bermakna itu adalah bukan hari anda.

“Bagaimanapun, kami akan terus kekal positif buat masa ini dan mengekalkan tahap mental yang sama untuk memburu sesuatu yang istimewa musim ini,” jelas Klopp.
Liverpool berjaya meraih Piala Liga Inggeris dan masih ber­saing dalam tiga lagi kejohanan lain dalam misi melunaskan impian mereka meraih gelaran quadruple musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI