fbpx

UMNO dan Pas kekal teguh ‘khemah’ sendiri di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (kanan) melawat bazar Ramadan di Tanjong Karang hari ini.

KUALA SELANGOR – UMNO dan Pas Selangor tetap kukuh di bawah ‘khemah’ sendiri walaupun parti-parti lain ‘heboh’ dengan agenda khemah besar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, UMNO dan Pas sudah membulatkan tekad untuk bersama sebagai satu entiti di bawah Muafakat Nasional (MN) tidak kira apa ujian yang melanda gabungan tersebut.

“Kita bergabung di Selangor bukan atas dasar Perikatan Nasional (PN) tetapi kita adalah MN di negeri ini.

“Saya telah berbincang baru-baru ini dengan Pesuruhjaya Pas, Datuk Dr.Ahmad Yunus Hairi dan setiausahanya dengan semangat kita adalah pembangkang di Selangor,” katanya selepas Majlis Iftar Bersama Peniaga-Peniaga Bazar Ramadan Tanjong Karang malam ini.

Turut hadir Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjong, Dr. Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin.

Rancangan mewujudkan “khemah besar” dalam kalangan parti pembangkang kini hangat diperkatakan, terutama Pakatan Harapan (PH) yang bermatlamat menewaskan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Noh berkata, perkembangan terkini, pucuk pimpinan kedua parti tidak menghalang kerjasama MN di negeri ini atas alasan kedua parti perlu bergabung bagi mengelak pertandingan tiga penjuru dengan PH atau Parti Keadilan Rakyat (PKR). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI