Gambar hiasan

Pembantu Tadika Kemas rugi lebih RM10,000 ditipu iklan jual beli emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang pembantu tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kerugian RM10,450 selepas terpedaya dengan iklan jual beli emas yang dilihatnya di laman Instagram.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 35 tahun, melayari laman Instagram berkenaan pada pukul 9 malam 24 April lalu dan berminat membeli dua utas rantai leher.

Menurutnya, mangsa berhubung dengan seorang lelaki melalui aplikasi WhatsApp dan lelaki tersebut berjaya meyakinkan mangsa mengenai jual beli emas berkenaan.

“Tidak sampai 10 minit berbual di aplikasi WhatsApp, mangsa membuat pemindahan wang berjumlah RM8,450 ke dalam akaun milik yang diberikan.

“Mangsa sekali lagi membuat pemindahan wang pada 25 April berjumlah RM2,000 ke dalam akaun bank lain,” katanya di sini, hari ini.

Chang Hook berkata, mangsa diminta membuat pembayaran RM3,000 lagi semalam, namun tidak berbuat demikian selepas menyedari ditipu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN