Khalid.

Mahkamah tolak saman fitnah pensyarah politik terhadap Khalid Samad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak tuntutan saman fitnah yang dikemukakan pensyarah politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini peguam Faiz Fadzil yang mewakili Khalid menyatakan Hakim Zulqarnain Hassan dalam penghakiman ringkasnya berkata pihak defendan iaitu Khalid berjaya membuktikan pembelaan komen berpatutan atau komen yang wajar.

Justeru Kamarul Zaman diperintah membayar kos sebanyak RM10,000. Dalam prosiding secara dalam talian itu Kamarul Zaman diwakili peguam Mohd. Harris Mohan.

Pada 28 Julai 2020, Kamarul memfailkan saman fitnah berhubung penulisan Khalid yang disiarkan sebuah portal dalam talian bertajuk ‘Pensyarah Melayu Bodohkan Melayu Ibarat Pegar Makan Padi’.

Penulisan itu dibuat Khalid pada 26 Mei 2017 dalam memberikan pandangan berhubung kritikan Kamarul terhadap buku Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, ‘Becoming Hannah’ melalui rencana bertajuk ‘Hannah Yeoh Contoh Hipokrasi Terbesar DAP’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN