fbpx

Lelaki diburu beronani belakang rumah akauntan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi suspek beronani belakang sebuah rumah di kawasan Seksyen 23, Shah Alam

SHAH ALAM – Seorang lelaki diburu selepas beronani di belakang sebuah rumah akauntan wanita di kawasan perumahan Seksyen 23, baru-baru ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 12.06 tengah malam pada Sabtu lalu dengan aksi lelaki tersebut dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).

Aksi tidak bermoral suspek itu juga tular di laman Twitter semalam menerusi video berdurasi satu minit 19 saat dengan suspek dilihat mengendap rumah berkenaan melalui kaca tingkap kediaman tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian tersebut daripada seorang wanita di Balai Polis Sri Muda, kelmarin setelah mengetahui kegiatan tersebut melalui jirannya.

Katanya, mangsa merupakan seorang akauntan yang telah mempunyai suami dan anak.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan umpil bagi pecah masuk ke rumah mangsa.

“Rakaman CCTV tidak dapat memaparkan dengan jelas wajah suspek berikutan rakamannya hitam putih dan suspek disyaki bukan warga tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan dengan
kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Shamsul Azeerin di talian 012-9802652 atau 03-55202222 bagi membantu siasatan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI