fbpx

Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia ketika solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH ZARINA berkongsi khabar duka tentang kematian bapanya yang menghembus nafas terakhir malam tadi.

PETALING JAYA – Lebaran tahun ini menjadi detik paling sebak buat penyanyi Sharifah Zarina apabila berdepan kehilangan bapa tercinta, Wan Hasan Syed Jamil Alqadiri Aljilani yang menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 8 malam tadi.

Menerusi perkongsian video di Instagram, pelantun Langit Ketujuh itu memaklumkan, Allahyarham Wan Hasan yang berusia 69 tahun tiba-tiba rebah ketika sedang menunaikan solat sunat sebelum Isyak di Masjid Kuching Family Park, Sarawak.

“Saya baharu dapat berita ayahanda saya Wan Hasan Syed Jamil Alqadiri Aijilani telah kembali ke rahmatullah.

“Semasa dia (Allahyarham) berada di masjid hendak solat Isyak dan tarawih, dia rebah pada solat sunat Isyak,” katanya.

Penyanyanyi berusia 41 tahun itu turut memohon agar semua mendoakan semoga urusan bapanya dipermudahkan.

“Mohon kalian semua mendoakan abah saya,” katanya lagi dalam esak tangis.

Difahamkan jenazah Allahyarham telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) sebelum urusan pengebumian selepas solat Jumaat, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI