MOHD. Sharif (kiri) menerima Anugerah Jemaah Paling Awal ke Masjid di Masjid Kariah Paroi Jaya, Seremban semalam. ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

Ahli jemaah paling awal tiba di masjid terima anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN-Seorang pesara menerima anugerah istimewa iaitu sebagai jemaah paling awal tiba ke masjid yang merupakan penghargaan diberikan oleh Masjid Kariah Paroi Jaya, di sini.

Mohd. Sharif Abdullah, 73, menerima anugerah berkenaan pada Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri yang dianjurkan masjid tersebut, malam semalam.

Ketika ditemui pemberita pada majlis tersebut, bapa kepada lima orang anak itu memberitahu, dia pada awalnya memang tidak mengetahui apakah anugerah yang bakal diterimanya itu.

“Saya hanya dimaklumkan oleh Pengerusi Masjid bahawa saya perlu hadir ke majlis ini untuk menerima anugerah. Saya tidak sangka anugerah diberikan kerana saya merupakan jemaah paling awal tiba ke masjid.

“Sudah menjadi kebiasaan saya tiba seawal pukul 6 pagi ke masjid menunaikan solat jemaah. Saya tidak menjadikan kaki saya yang sakit ini sebagai satu penyebab saya tidak hadir menunaikan solat jemaah bersama ahli kariah lain setiap hari,” katanya.

Mohd. Sharif menambah, walaupun kudratnya tidak lagi begitu kuat, dia tetap mahu menyertai solat jemaah lima waktu pada setiap hari di masjid tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN