Gambar hiasan

2,935 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 2,935 kes , menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,443,318 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak sembilan kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam masa sama, sebanyak 7,585 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,354,006 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (1,215 kes), Kuala Lumpur (462 kes), Pulau Pinang (224 kes), Negeri Sembilan (193 kes), Perak (193 kes), Johor (122 kes) dan Melaka (108 kes).

“Seterusnya, Kedah (98 kes), Sarawak (97 kes), Pahang (74 kes), Putrajaya (56 kes), Sabah (36 kes), Terengganu (35 kes), Kelantan (15 kes), Perlis (lima kes) dan Labuan (dua kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 10 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,536 kes serta satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 7,521 kes.

Sebanyak 53,776 kes aktif dilaporkan melibatkan 52,261 kes dikuarantin di rumah, 46 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,385 kes di hospital, 28 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 56 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN