fbpx
Tangkap layar video memaparkan seorang pesakit polio mencari rezeki dengan menjual pen.

Gigih jual pen walaupun sakit polio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular di media sosial baru-baru ini tentang seorang lelaki yang bersungguh mencari rezeki halal dengan menjual pen walaupun menghidap penyakit polio.

Video yang dikongsikan Dayah Bakar berdurasi 57 saat itu menampakkan seorang lelaki pertengahan usia mempunyai kesukaran untuk berjalan menggunakan tongkat kerana penyakitnya.

Lelaki itu dilihat memakai beg yang dipenuhi pen untuk dijual, dia berusaha keras untuk menampung kehidupannya walaupun mempunyai kekurangan upaya.

Ia patut menjadi inspirasi untuk semua masyarakat supaya tidak putus asa dalam kehidupan dan terus berusaha untuk mencari rezeki yang halal.

Rata-rata netizen yang memberikan reaksi positif turut meninggalkan komen.

“Bagus dia ada usaha berniaga untuk sara kehidupan berbanding sihat tubuh badan tetapi meminta sedekah. Semoga murah rezeki pakcik,” komen Zakros Zakros

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki selalu,” tulis Mohd Riduan A Rahman.

“Ingat kita dah susah ada org lagi susah dari kita. Kita kena selalu rasa bersyukur dengan apa yang kita ada walau tak cukup ada orang serba kekurangan tak pernah putus asa,” ujar @Saudagar Malaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN