fbpx

China lapor kes pertama selesema burung jangkiti manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR hiasan. Pihak berkuasa China menegaskan, risiko penularan virus H3N8 dalam kalangan manusia adalah rendah. VCG/Getty

BEIJING – China melaporkan jangkitan pertama selesema burung terhadap manusia ketika pandemik Covid-19 masih belum berakhir, lapor laman berita Wion News semalam.

Pihak berkuasa China menegaskan bahawa risiko penularan virus H3N8 dalam kalangan manusia adalah rendah dan menolak kemungkinan jangkitan itu membawa kepada wabak berskala besar.

Pegawai kesihatan tempatan berkata, seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun dari wilayah Henan telah dijangkiti virus H3N8 awal April lalu selepas mengalami demam dan gejala berkaitan.

Kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital selepas keadaannya menjadi semakin teruk, jelas laporan itu.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China menegaskan bahawa tiada penduduk lain yang telah dijangkiti. Pihak berkuasa juga melakukan  ujian saringan terhadap mereka yang bersentuhan dengan pesakit virus H3N8 dikesan.

Pesakit dilaporkan bersentuhan dengan ayam dan burung gagak di rumahnya. Pihak berkuasa kesihatan China telah meminta pegawai-pegawai di Henan untuk berwaspada dan melaksanakan  langkah kawalan dan pencegahan.

Virus H3N8 lebih awal dikesan pada haiwan termasuk anjing laut, kuda, burung dan anjing tetapi kes tersebut adalah yang pertama dikesan pada manusia. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI