fbpx
Gambar hiasan

‘Perniagaan kami boleh lingkup, jika terus tanggung rugi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kenaikan harga barang, kontrak dengan pihak sekolah dan masalah pekerja menyebabkan pengusaha kantin di seluruh negara tertekan dalam meneruskan perniagaan mereka sehingga ada antaranya mengakui bakal ‘angkat kaki’.

Selain tidak pulang modal, tindakan ‘melepaskan’ perniagaan kantin’ ekoran ada terbeban hutang dengan pihak bank dan agensi kewangan yang dibuat sebelum ini bagi menampung kos operasi.

Pengusaha kantin sebuah sekolah di Selayang dikenali Ikmal berkata, dia terpaksa beroperasi dengan dua pekerja yang membantunya dalam penyediaan makanan dan kebersihan sejak Januari lalu.

“Tidak ada yang mahu bekerja di kantin sekolah dengan upah semasa kerana bagi mereka lebih baik bawa e-hailing,” katanya.

Keluhan sama disuarakan pengusaha kantin di Sungai Petani, Kedah, dikenali Ahmad yang mengakui kenaikan harga bahan mentah membebankan dan mengakibatkan pengusaha yang bergantung kepada perniagaan ini semata-mata rugi besar.

Dia yang hampir empat tahun menjalankan perusahaan itu berkata, walaupun pada dasar­nya penetapan harga terkan­dung dalam kontrak tetapi sebagai peniaga mereka tetap berpaksikan kepada sedikit keuntungan.

“Kita juga seperti peniaga lain yang perlu membayar gaji pekerja, membayar bil utiliti kerana perkhidmatan ini tidak boleh dilakukan bersendirian.

“Perubahan harga makanan pernah dilakukan sebelum ini ekoran kenaikan harga barangan tetapi kami dikatakan melanggar perjanjian oleh ibu bapa,” luahnya.

Tambahnya dia lebih rela menamatkan operasi menjadi pengusaha kantin kerana tidak mahu dikecam waris dan tidak menolak kemungkinan lebih ramai pengusaha tarik diri sebaik sesi persekolahan dibuka selepas Aidilfitri.

“Ini kerana, kami tidak lagi mampu menampung kos operasi selain mengelak lebih banyak kerugian,” ujarnya.

Dalam pada itu di Kelantan, Pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Petai, Pasir Puteh mengakui sudah tidak mampu untuk meneruskan perniagaan selepas perlu kembali membayar kadar sewa kantin bermula Jun depan.

Zulkipli Mamat, 53, berkata, sebelum Ramadan, dia sudah menanggung kenaikan kos barangan mentah dalam menyediakan menu untuk pelajar sekolah.

“Kami perlu menanggung kenaikan kos harga barang dan bayaran sewa sebanyak RM400 sebulan selepas ini. Keadaan itu menyebabkan perniagaan di kantin sekolah sudah tidak lagi memberikan sebarang keuntungan,” katanya.

Tambahnya, dia tidak sanggup untuk menaikkan harga jualan makanan kerana kebanyakkan pelajar merupakan anak-anak petani dan ibu bapa mereka tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Apabila perlu membayar semula sewa kantin, ia menyebabkan kami dilema apabila keuntungan semakin menyusut.

“Kebanyakan pengusaha kantin boleh lingkup sekiranya sering menanggung kerugian. Kerajaan perlu menyemak semula harga barangan yang dijual di pasaran dengan mengambil kira kemampuan dan keupayaan rakyat ketika ini,” katanya.

Di Perak, pengusaha kantin, Abdul Ghani Othman, 46, berkata, dia dan beberapa pengusaha menanggung kerugian te­ruk semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun apabila hanya balik modal disebabkan sistem penggiliran murid.

Katanya, keadaan lebih teruk apabila ada pengusaha yang menanggung hutang dengan bank atau agensi pinjaman bagi menampung kos operasi.

“Sekiranya tiada tindakan, mungkin saya juga akan berhenti berniaga agar tidak terus menanggung rugi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN