fbpx
Gambar hiasan

Ada najis tikus, kantin sekolah jenis kebangsaan diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Sebuah kantin sekolah jenis kebangsaan di negeri ini diarah tutup selama 14 hari, berkuat kuasa semalam susulan penemuan najis tikus di kawasan penyediaan makanan berkenaan.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, perintah penutupan premis makanan itu dikeluarkan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“Kita ambil maklum berhubung penutup sebuah kantin di sekolah jenis kebangsaan di negeri yang diarah tutup selama 14 hari, bermula semalam sehingga 27 Mei ini.

“Tindakan penutupan ini adalah usaha berterusan pihak berkuasa bagi membendung kesihatan awam, bertujuan menjaga kesihatan atau penularan penyakit berjangkit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, tindakan berterusan akan dilaksanakan demi memastikan kebersihan di tempat penyediaan makanan dijaga dengan baik terutama melibatkan kantin sekolah dan agensi kerajaan serta di premis makanan.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Mohd. Dziauddin Mat Saad berkata, pemeriksaan dijalankan selepas pihak kesihatan menerima aduan awam menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) berkaitan masalah tikus di kantin sekolah terbabit.

“Siasatan dan pemantauan di kantin sekolah itu terdapat najis tikus di bahagian lantai belakang peti sejuk yang tidak digunakan,” ujarnya.

Beliau memberitahu lagi, tiada laporan kes keracunan makanan melibatkan murid dan guru sekolah terbabit, setakat ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN