fbpx

Keluarga Nagaenthran terkilan keputusan mahkamah Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kenalan dan ahli keluarga berada di rumah keluarga mendiang Nagaenthran di Tanjung Rambutan malam tadi.

IPOH – Keluarga mendiang Nagaenthran Dharmalingam reda dengan pengakhiran perbicaraan walaupun pahit untuk menerima keputusan mahkamah Singapura.

Menurut kakak mendiang, Sharmila Dharmalingam, 36, ini kerana tiada apa yang boleh mereka lakukan setelah pelbagai ikhtiar dibuat.

Bagaimana pun keluarganya mengucapkan terima kasih atas solidariti yang tunjukkan pelbagai pihak termasuk media apabila kes tersebut mendapat perhatian meluas.

“Apa lagi yang boleh kami katakan kerana semuanya telah berakhir.

“Kalau ditanya memang kami terkilan apabila mahkamah Singapura tidak dapat mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan,” ujarnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita di kediaman keluarganya di Tanjung Rambutan malam tadi.

Katanya lagi, mayat mendiang adiknya akan disempurnakan di pusat pembakaran Buntong di sini pada Jumaat pada pukul 3.30 petang.

Mayat masih berada di Johor Bahru dan dijangka tiba di Ipoh sekitar subuh nanti.

Mendiang Nagaenthran didapati bersalah kerana mengedar dadah dan dihukum gantung di Singapura pagi tadi selepas usaha terakhir mencabar hukuman terbabit oleh ibunya gagal.

Dia ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 ketika berusia 21 tahun di Pusat Pemeriksaan Woodlands dengan dadah jenis heroin seberat 44 gram dilekatkan pada paha kirinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.