fbpx

Jersi tiruan Sri Pahang di bazar Aidilfitri dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA jersi tiruan pasukan bola sepak Sri Pahang yang dirampas di bazar Aidilfitri perkarangan Stadium Darul Makmur di Kuantan semalam.

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang berjaya merampas jersi tiruan pasukan bola sepak Sri Pahang yang dijual di dua premis perniagaan tapak bazar Aidilfitri perkarangan Stadium Darul Makmur, di sini, semalam.

Pengarah KPDNHEP Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, jersi bernilai RM3,000 itu dirampas dalam pemeriksaan di premis terbabit susulan aduan sebuah syarikat pemilik cap dagang HAKKA mengenai penjualan jersi tiruan pasukan bola sepak itu.

“Tiga pasukan penguatkuasa ditugaskan melakukan pemeriksaan yang turut disertai pihak pengadu dan hasil pemeriksaan mendapati dua premis perniagaan telah menjual jersi tiruan pasukan bola sepak Sri Pahang.

“Proses pengecaman awal ketulenan jersi-jersi tersebut dilakukan sendiri oleh pemilik cap dagang dan pengadu mengesahkan bahawa jersi-jersi tersebut adalah tiruan,”katanya dalam di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI