fbpx
Daun ketum seberat 510 kilogram yang ditinggalkan di tepi Sungai Golok dekat Kampung Nibong, Tanah Merah hari ini. FOTO IHSAN ATM

Tinggal 510 kilogram daun ketum tepi Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANAH MERAH – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merampas sebanyak 50 plastik hitam berisi 510 kilogram (kg) daun ketum  yang ditemui di tepi Sungai Golok berdekatan Kampung Nibong di sini hari ini.

Daun ketum bernilai RM15,300 itu ditemui pukul 7.30 pagi tadi semasa anggota ATM menerusi Markas Briged Kelapan Infantri menjalankan Operasi Merpati Sektor 8 Briged Kelantan di kawasan tersebut.

Markas Briged Kelapan Infantri dalam satu kenyataan berkata, anggota ATM menemui longgokan bungkusan plastik ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan dan pemeriksaan mendapati ia berisi 510kg daun ketum.

“Bungkusan plastik daun ketum itu dipercayai akan diseludup ke negara jiran. Penemuan di lokasi itu merupakan yang kedua pada bulan ini dan yang kesembilan tahun ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, penemuan bungkusan plastik tersebut memberi petunjuk bahawa penyeludupan daun ketum di sempadan Kelantan-Thailand semakin aktif berikutan permintaan dan harga yang tinggi di pasaran negara jiran.

Sehubungan itu, penduduk diminta untuk terus menyalurkan maklumat jenayah rentas sempadan kepada pihak berkuasa supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi menjamin kedaulatan dan keselamatan sempadan kedua-dua negara.

Kesemua rampasan daun ketum diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN