Ka Siong bercakap pada sidang akhbar penggunaan kenderaan mikromoboliti di atas jalan raya di kementeriannya, Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

Tiga kenderaan mobiliti dilarang atas jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) menetapkan tiga jenis kenderaan mobiliti dilarang penggunaannya di atas jalan raya berkuatkuasa serta merta.

Ia termasuk Moped, Personal Mobiliti Devices (skuter berkuasa elektrik, kuasa enjin pembakaran dalaman ataupun kuasa manusia) dan Personal Mobiliti Aids (PMA) atau alat bantu mobiliti peribadi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, larangan penggunaan kenderaan itu adalah berdasarkan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Mikrobiliti Tertentu 2021 yang berkuatkuasa pada 17 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, mengikut larangan itu, denda RM300 boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang menggunakan kenderaan itu di atas jalan raya.

“Oleh itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang melanggar larangan itu mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Larangan itu dikeluarkan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin dan mengelakkan percampuran dalam aliran trafik bersama kenderaan lain,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pada masa sama, katanya, bagi basikal dengan bantuan elektrik (basikal elektrik) pula, hanya yang menenuhi spesifikasi MS2514 sahaja dibenarkan digunakan atas jalan raya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN