AZMI Osman (dua dari kiri) melancarkan Kempen Keselamatan Kebakaran Bagi Penghapusan Bahaya Kebakaran di sebuah premis hiburan di Ipoh, hari ini

Runtuhan kuari: Bomba akan rujuk polis status operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Bomba akan mengadakan perbincangan dengan pihak polis berhubung status pencarian dua mangsa yang tertimbus runtuhan batu di tapak kuari dekat Keramat Pulai di sini bulan lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Azmi Osman berkata, ini kerana polis selaku komander operasi kes bagi menilai kewajaran untuk meneruskan atau menutup operasi mencari mangsa.

Katanya, sehingga kini usaha mencari dua lelaki yang juga pekerja kuari itu masih diteruskan meskipun operasi pencarian memakan masa hampir dua bulan.

“Pemilik kuari tersebut masih menjalankan kerja-kerja mencari mangsa manakala kita masih menempatkan seorang atau dua anggota di lokasi kejadian setiap hari.

“Usaha mencari mangsa mengambil masa terlalu lama disebabkan beberapa faktor termasuk saiz batu yang terlalu besar,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, penilaian terhadap pelbagai aspek terutamanya melibatkan perundangan bagi mengisyhtiharkan kehilangan seseorang perlu dijalankan sebelum sebarang keputusan dibuat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN