APMM terus meningkatkan kawalan dan rondaan di perairan negara menjelang dan semasa sambutan Aidilfitri ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

Kegiatan seludup dijangka rancak musim raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah dan Perlis terus mempertingkatkan kawalan dan rondaan di perairan negara kerana kegiatan penyeludupan dijangka rancak menjelang dan semasa sambutan Aidilfitri ini.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, kawasan sempadan perairan Malaysia-Thailand juga akan dikawal ketat bagi mengelak sebarang cubaan penyeludupan barang larangan seperti dadah, mercun dan bunga api.

Seramai 113 pegawai dan anggota APMM Negeri Kedah dan Perlis akan terus bertugas pada musim cuti perayaan ini menerusi Op Khas Pagar Laut siri 1/2022 yang bermula pada 19 April hingga 17 Mei nanti.

“Pengoperasian aset di laut juga akan terus dioptimumkan sepanjang Ramadan ini hingga Syawal nanti,” katanya selepas menyerahkan bungkusan keperluan makanan asas kepada komuniti maritim di perairan Langkawi di sini semalam.

Beliau berkata, kegiatan penyeludupan yang kerap berlaku pada musim perayaan termasuk Tahun Baharu Cina membabitkan mercun dan bunga api.

“Pada masa sama, kita terus memberikan fokus utama kepada kegiatan penyeludupan dadah dalam Op Khas Pagar Laut kali ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN