fbpx

3 cedera ringan, 50 kereta rosak angkara kebakaran stor simpanan di Sentul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi kejadian yang terbakar sehingga mengakibatkan 50 kenderaan terjejas.

KUALA LUMPUR – Kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan berhampiran stor simpanan rampasan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini petang tadi mengakibatkan tiga lelaki mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.22 petang.

“Susulan itu, pasukan operasi dikejarkan ke lokasi kejadian bersama tiga jentera, tiga water tanker dan dua Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 60 anggota.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan rampasan bahan bukti sebanyak 30 peratus struktur bangunan manakala 80 peratus kawasan terbuka yang melibatkan 50 buah kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 7.04 lewat petang tadi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Mengulas lanjut, tiga mangsa lelaki mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai memaklumkan, pelupusan barang kes mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan mahkamah iaitu melupus barang kes dengan menggelek menggunakan jentolak sebelum disiram dengan air dan ditanam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebanyak 1,059 kotak dan 35 guni mercun pelbagai jenis dilupuskan di Stor Barang Kes IPD Sentul di lokasi berkenaan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI