fbpx

Selangor catat kes kedua rabies libatkan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga emas disahkan dijangkiti rabies di Kuala Langat, kelmarin dan menjadikan ia kes kedua di Selangor setakat ini.

Kes terbaharu itu melibatkan pesakit berusia 85 tahun yang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada Rabu lalu.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, lelaki itu dimasukkan ke wad selepas dirujuk oleh Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang kerana masalah anaemia (pucat).

Katanya, pemeriksaan mendapati pesakit mempunyai luka di kaki kanannya yang tidak sembuh sejak dua bulan lalu.

“Sejak dua minggu lalu, lelaki itu turut mengadu sakit kepala dan hilang selera makan selain tingkah lakunya yang berubah.

“Sampel cecair tulang belakang (CSF) dan biopsi nuchal telah dilakukan kelmarin dan disahkan positif rabies oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, keadaan pesakit berkenaan kini stabil dan masih dirawat di wad isolasi HTAR.

“Lelaki itu mempunyai sejarah digigit anjing liar di kawasan kediamannya di Pulau Carey dua bulan lalu dan rawatan sudah diambil di beberapa klinik swasta sehingga ia dirujuk oleh Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang ke HTAR,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI