fbpx

Demi teman wanita, lelaki rela baju dijadikan lap hingus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan situasi seorang lelaki yang rela apabila teman wanitanya mengelap hingus pada bajunya. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang rela apabila teman wanitanya mengelap hingus pada bajunya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @komentatorpedas_official.

Menerusi klip video berkenaan, kelihatan seorang lelaki berbaju hitam sedang memberhentikan motosikalnya di tepi jalan lalu menurunkan teman wanitanya.

Dia kemudian memeriksa belakang bajunya yang dipenuhi hingus, namun tidak menunjukkan sebarang reaksi, malah menganggap perkara itu biasa sahaja. 

Menurut keterangan pada video tersebut, teman wanita kepada lelaki itu dikatakan mengalami selesema yang teruk. 

Kerana tiada tisu atau kain lap, baju kekasihnya dijadikan pengganti untuk mengelap hingus. Kelihatan beberapa tompok lendir hingus melekat pada belakang bajunya.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Banyak tisu di warung dik,’’ tulis seorang netizen.

“Makin menjijikkan, tisu murah pun ada dijual,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI