fbpx

Carlos Sainz kekal bersama Ferrari hingga 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ mendapat tonik tambahan menjelang perlumbaan di Imola malam ini selepas kontraknya dilanjutkan sehingga 2024. – AFP

LONDON – Teka-teki mengenai masa depan pelumba Sepanyol, Carlos Sainz dalam saingan Formula Satu (F1) akhirnya terlerai selepas Ferrari telah melanjutkan kontrak sehingga musim 2024.

Berita baik itu pastinya memberi semangat kepada pelumba berusia 27 tahun itu untuk me­lakukan aksi terbaik menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Emilia Romagna malam ini.

Sainz tampil dengan aksi kompetitif pada musim lalu apabila berjaya meraih empat podium pada debut bersama skuad berpangkalan di Maranello, Itali tersebut.

Meskipun prestasinya pada tahun ini belum membuatkan Ferrari gembira, namun pasukan itu tetap meletakkan kepercayaan tinggi kepada Sainz untuk menjadi rakan sepasukan Charles Leclerc dalam memburu kemenangan musim ini.

“Saya sangat gembira kerana akhirnya berjaya memperbaharui kontrak bersama pasukan Scuderia Ferrari.

“Saya selalu mengatakan bahawa tidak ada pasukan F1 yang lebih baik selain Ferrari. Saya te­lah bersama Ferrari lebih setahun dan ini adalah impian saya sejak menyertai perlumbaan F1.

“Musim pertama saya di Maranello sangat positif dan pasukan memberi kerjasama dengan cukup baik untuk memastikan kami berada di landasan yang tepat memburu kejayaan dalam saingan musim ini.

“Kini saya lebih bersemangat dan tidak sabar untuk terus me­ngutip kejayaan bersama Ferrari. Jelas, F1-75 kini antara jentera terbaik dan saya tekad untuk mencari kemenangan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI