fbpx

Yasmin Hani, Alif Hadi enggan terburu-buru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YASMIN HANI dan Alif Hadi kini sedang dalam fasa mengenali hati budi.

PETALING JAYA – Aktres dan pengacara Yasmin Hani tidak mahu terlalu cepat untuk kembali bercinta walaupun timbul spekulasi dia kini sedang menjalinkan hubungan bersama pelakon, Alif Hadi.

Bercakap kepada Kosmo! Online, Yasmin, 43, bagaimanapun mengakui hubungan antara dia dengan Alif kini dalam fasa mengenali hati budi masing-masing sebelum beralih untuk ke peringkat yang lebih serius.

“Sejujurnya kami baru berkenalan dan ingin mendalami hati budi masing-masing. Kami berdua boleh dikatakan masih dalam peringkat permulaan.

“Masih terlalu awal untuk kami bercinta. Insya-Allah bila hubungan kami nanti sudah ada hala tujunya, kami akan kongsikan perkara baik ini nanti,” kata Yasmin kepada Kosmo! Online.

Ujar pemilik nama lengkap Yasmin Hani Ismail Richardson itu lagi, dia tidak pernah serik untuk kembali bergelar seorang isteri kerana percaya rezeki dan juga jodoh semuanya sudah ditetapkan oleh Allah SWT.

“Serik? Tidaklah, sebab saya percaya rezeki dan juga jodoh sudah ditentukan oleh Allah SWT. Saya hanya mahu berasa gembira termasuk anak-anak.

“Sesiapa pun yang akan bersama saya nanti (lelaki), saya harap dia boleh menerima saya dan anak-anak,” katanya.

Ketika ditanya tentang keistimewaan Alif di matanya, Yasmin mendakwa lelaki sangat penyabar dan menghormati orang lain.

“Namun apa yang buat saya tertarik, Alif tidak memaksa dan sopan,” katanya ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022 di Nexus, Bangsar South, semalam.

Sementara itu, Alif, 34, pula mengakui tertarik perwatakan Yasmin yang disifatkan sebagai seorang wanita yang peramah, baik dan manis.

“Saya lihat Yasmin sebagai seorang wanita peramah, baik dan manis. Sedangkan saya sendiri pendiam orangnya.

“Tapi apa-apa pun, saya masih ingin mengenali dirinya. Hani bukan tidak pernah berkahwin sebelum ini. Jadi biarlah kami mengenali hati budi masing-masing,” ujar Alif.

Tidak meletakkan sebarang sasaran terhadap perkenalan mereka, Yasmin dan Alif mahukan yang terbaik dalam hidup masing-masing.

“Seandainya hubungan kami tidak menjadi, tidak mengapa. Jangan gaduh-gaduh. Walaupun saya sudah berumur dan terpaksa menjadi janda sampai bila-bila, yang penting saya gembira,” kata Yasmin.

Terdahulu, hubungan antara Yasmin dan Alif mula hangat diperkatakan selepas masing-masing memuat naik foto bersama-sama dalam Instagram.

Menerusi kapsyen foto berkenaan, Yasmin dan anak-anaknya meluangkan masa berbuka puasa bersama Alif di sebuah hotel di ibu negara.

Alif yang juga seorang duda dalam satu kenyataan mengesahkan mereka saling mengenali hati budi dan mula rapat beberapa bulan lalu.

Sekadar info, Yasmi pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik, Sha’arin Mohamed Razali pada 2011 dan bercerai pada Disember tahun lalu.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI