fbpx

Pekerja premis jual telefon bergaduh rebut pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video sekumpulan lelaki bergaduh di dalam pusat beli-belah KB Mall, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU – Tujuh lelaki ditahan selepas mereka terlibat dalam pergaduhan yang dipercayai berpunca daripada dua pekerja premis telefon bimbit berebut pelanggan di pusat beli-belah KB Mall di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, kesemua lelaki berusia 19 hingga 30 tahun dicekup selepas mereka dipercayai merupakan suspek utama yang terlibat dalam insiden tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, pergaduhan itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati dan pertelingkahan antara dua pekerja premis menjual telefon bimbit.

Menurutnya, kedua-dua pekerja itu dipercayai berebut pelanggan sebelum masing-masing membawa kumpulan yang terdiri daripada rakan-rakan mereka sehingga berlaku bergaduhan di dalam dan luar pusat beli-belah berkenaan.

“Berdasarkan siasatan, lima daripada suspek didapati bekerja sebagai pembantu kedai, pemandu lori, buruh dan petani mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes jenayah selain dadah.

“Ujian saringan air kencing turut mendapati kesemua suspek negatif dadah. Mereka dirawat sebagai luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat pergaduhan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi berkata, susulan daripada kejadian itu, polis menerima dua laporan berhubung kes tersebut dan kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini manakala kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terdahulu, tular tiga video berdurasi 31 saat, 27 saat dan tujuh saat di Facebook yang memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di KB Mall. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI