fbpx

Kucing hitam jadi Datuk Bandar Hell

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kucing bernama Jinx kini bergelar datuk bandar Hell selama sehari. - Daily Star

LANSING, Michigan – Seekor kucing hitam comel bermata besar akan bergelar datuk bandar  di negeri Michigan, Amerika Syarikat (AS)  selama sehari esok, lapor akhbar Daily Star UK.

Kucing bernama Jinx itu akan menjadi Datuk Bandar Hell di Michigan selepas pemiliknya, Mia membuat permohonan tersebut baru-baru ini. 

Menurut Mia, dia pada mulanya bergurau mahu Jinx bertanding untuk jawatan  Presiden AS sebelum pengguna media sosial memberitahu bahawa bandar Hell menyediakan khidmat jawatan datuk bandar bagi mana-mana individu atau haiwan yang mahu merasai pengalaman itu.

“Saya juga pernah melihat datuk bandar haiwan sebelum ini dan saya menghantar ciapan di Twitter bertanyakan cara untuk menjadikan Jinx datuk bandar.

“Ada seorang pengguna media sosial menyebut bahawa anda boleh membayar untuk menjadi Datuk Bandar Hell selama sehari,” kata Mia.

Untuk menjadi datuk bandar sehari di Hell, pemohon perlu membayar wang pendaftaran sebanyak £80 (RM443) bagi manusia atau haiwan.

Yuran itu memberikan hak pentadbiran sementara, sijil pengisytiharan datuk bandar, cawan cenderahati Hell, baju serta sijil pelantikan.

Mereka juga akan memiliki satu inci persegi hartanah di Hell. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI