fbpx

Ukraine nafi terima draf perjanjian damai dari Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peskov (kiri) bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin. - AFP

MOSCOW – Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov meluahkan rasa hairan apabila mendengar kenyataan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky yang mendakwa beliau tidak menerima sebarang draf perjanjian damai dari Rusia, lapor laman berita RT semalam.

Sehari sebelum kenyataan itu, Peskov mengumumkan bahawa Rusia telah menghantar draf perjanjian damai kepada delegasi Kiev.

Beliau turut menekankan bahawa semua keputusan sekarang terletak di tangan Ukraine.

Namun begitu, Zelenskyy ketika muncul dalam sidang Parlimen Kesatuan Eropah (EU) secara maya,  menafikan menerima atau diberitahu apa-apa mengenai kertas cadangan tersebut.

“Saya yakin tiada yang seumpamanya diserahkan atau dimaklumkan kepada saya,” kata Zelenskyy.

Peskov bagaimanapun menyatakan bahawa beliau  sudah dapat mengagak reaksi delegasi Ukraine terhadap kertas cadangan tersebut.

“Draf perjanjian damai terbaharu kami telah diserahkan kepada delegasi rundingan Ukraine, jadi kami akan terus menunggu jawapan,” katanya kepada media. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI