fbpx

AS awasi pakatan China-Kepulauan Solomon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri Kepulauan Solomon, Sogavare dan Perdana Menteri Majlis Negara RRC, Li Keqiang memeriksa barisan pengawal kehormat di Beijing. - AFP

BEIJING – China dan Kepulauan Solomon menandatangani pakatan keselamatan yang membolehkan tentera laut Beijing ditempatkan di rantau Pasifik Selatan, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Langkah  yang dianggap mencurigakan itu menarik perhatian negara Barat termasuk Amerika Syarikat (AS), Australia dan New Zealand.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin mengesahkan pakatan keselamatan Beijing-Honiara semasa sidang akhbar di Beijing.

“Kementerian Luar China dan Kepulauan Solomon secara rasmi menandatangani perjanjian mengenai kerjasama keselamatan baru-baru ini,” kata Wenbin

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan lebih lanjut bila atau di mana perjanjian itu ditandatangani.

Menurut  draf perjanjian tersebut yang bocor kepada pengetahuan media bulan lalu, China akan dibenarkan menempatkan tentera laut dan kakitangan keselamatan di negara rantau Pasifik tersebut. Kepulauan Solomon terletak kurang 2,000 kilometer dari Australia.

Dokumen itu menyatakan bahwa Kepulauan Solomon yang terletak di timur Papua New Guinea boleh meminta China untuk menghantar anggota polis, senjata, tentera serta agensi penguatkuasaan undang-undang lain ke negara itu.

Beijing juga boleh menghantar kapal perangnya  ke pulau-pulau negara itu untuk persinggahan dan menambah bekalan. Ia meningkatkan spekulasi bahawa China akan membina pangkalan tentera laut di Kepulauan Solomon.

Pengumuman mengejut itu dibuat sehari selepas AS mengumumkan akan menghantar dua pegawai tertingginya ke negara itu.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price berkata, perjanjian itu boleh menjejaskan kestabilan Kepulauan Solomon dan menjadi contoh membimbangkan untuk rantau Pasifik.

“Walaupun Honiara  menafikan perkara itu, perjanjian  keselamatan dengan Beijing membuka pintu kepada penempatan pasukan tentera RRC (Republik Rakyat China) di Kepulauan Solomon,” kata Price. – Agensi 

Penandatanganan pakatan itu dibuat susulan protes yang tercetus pada 2021 selepas keputusan Perdana Menteri Kepulauan Solomon Manasseh Sogavare untuk menamatkan hubungan diplomatik dengan Taiwan dan bertukar kepada China. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI