fbpx

KyoChon sasar buka 4 restoran baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOH menunjukkan hidangan popular yang ditawarkan di restoran KyoChon, Central i-City, Shah Alam.

SHAH ALAM – Restoran ayam goreng Korea Selatan, KyoChon Sdn. Bhd. (KyoChon) bercadang membuka empat buah restoran baharu pada tahun ini.

Pengarah Urusan KyoChon, Terry Goh berkata, penambahan cawangan baharu itu bakal meluaskan lagi penguasaan pasaran dan operasi­nya kerana penerimaan pelanggan terhadap 38 buah restorannya di Semenanjung adalah sangat menggalakkan.

“Walaupun pandemik Co­vid-19 sedikit sebanyak menjejaskan jualan kami, namun kami berjaya mengekalkan momentum jualan kerana masih mendapat sambutan yang baik daripada pe­langgan.

“Kami mengubah strategi perniagaan dengan memfokuskan kepada segmen jualan secara online dengan menjalin kerjasama dengan beberapa buah syarikat penghantar makanan di negara ini,” katanya ketika ditemui di Kyo­Chon di cawangan Central
i-City di sini baru-baru ini.

Goh memberitahu, sei­ring penambahan rangkaian restorannya, syarikat juga bakal menawarkan kira-kira 200 pekerja baharu .

“Prestasi perniagaan kami sangat menggalakkan pada tahun lalu berbanding tahun 2020 dan saya berpuas hati dengan perkembangan ini.

“Saya berharap prestasi perniagaan KyoChon pada tahun ini lebih baik bagi mendapat jualan yang ‘hilang’ pada tahun 2020 akibat pandemik Covid-19,” harapnya.

Dalam pada itu, Goh berkata, restoran itu bakal mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun ini.

Pengiktirafan halal itu amat penting bagi menyakinkan rakyat Malaysia yang beragama Islam bahawa KyoChon di negara ini turut menyajikan makanan dan minuman yang halal sahaja. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI