fbpx

Kempunan jadi jutawan segera, pengurus syarikat rugi RM174,939

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Angkara terlalu teruja menjadi jutawan segera, seorang pengurus sebuah syarikat di sini mengalami kerugian sebanyak RM174,939 selepas terpedaya dengan penipuan Macau Scam yang mendakwa mangsa memenangi cabutan bertuah lebih RM2 juta.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Deputi Superintendan Yap Huat Tin berkata, kejadian bermula hujung tahun lalu selepas mangsa yang berumur 61 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek kononnya dari sebuah syarikat perjudian yang mendakwa mangsa memenangi cabutan bertuah sebanyak RM2.38 juta.

“Mangsa kemudiannya menerima panggilan telefon daripada pihak yang mendakwa sebagai pegawai bank dari Hong Kong dan mangsa diminta menjelaskan cukai kastam dan segala perbelanjaan peguam.

“Mangsa yang terpedaya membuat 10 kali transaksi bank berjumlah RM174,939 kepada lima akaun bank berlainan yang diberikan suspek,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya tidak menerima apa-apa bayaran dijanjikan sehingga kini, malah panggilan mangsa juga telah disekat.

Katanya, keadaan itu membuatkan mangsa berasa ditipu dan membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan di sini semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan bagi mengesan suspek. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI