fbpx

Datuk, pengurus syarikat ditahan kemuka dokumen palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua suspek diiiringi pegawai SPRM ke Mahkamah Sivil di George Town hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Seorang individu bergelar Datuk bersama pengurus syarikat pembersihan ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen penyata akaun bank syarikat palsu bagi mendapatkan tender bernilai RM7.97 juta.

Perintah tahanan reman semalam tiga hari itu dikeluarkan Majistret Hadi Hakimi Harun di Mahkamah Sivil, di sini hari ini selepas Pegawai Penyiasat SPRM, Afiqa Liayana Rozman mengemukakan permohonan tersebut.

Lelaki bergelar Datuk yang berusia 64 tahun itu merupakan pemilik sebuah syarikat pembersihan manakala pengurus terbabit berusia 74 tahun. Kedua-dua suspek adalah dari syarikat pembersihan yang berbeza.

Mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah semalam.

Menurut sumber, kedua-dua suspek disyaki mengemukakan penyata bank yang palsu untuk mendapatkan kerja-kerja tender perkhidmatan pembersihan am jalan bagi Zon Bertam, Seberang Perai Utara, bagi tempoh lima tahun dengan jumlah keseluruhan RM7.97 juta daripada Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Kes tersebut disiasat mengikut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan kesemua suspek akan ditahan reman di lokap SPRM Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI