fbpx

Pencuri lari ‘kecut perut’ lepas disergah kucing tuan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan gelagat seorang individu terkejut dan terus berlari keluar meninggalkan ruang tamu sebuah rumah selepas disergah oleh seekor kucing.

Meneliti perkongsian pengguna Twitter @ainaarhn, difahamkan rumah keluarganya beralamat Bukit Sekilau, Kuantan telah dipecah masuk oleh individu yang tidak dikenali tersebut.

“Pernah tengok pencuri takut kucing?, tak pernah? nah aku kasi korang tengok sekarang juga,” ciapnya baru-baru ini.

Sementara itu, gadis tersebut turut memaklumkan sebuah beg tangan serta dompet miliknya telah diambil oleh lelaki berkenaan dan dia sangat berharap agar kesemua barangnya dipulangkan semula.

“Aku nak kau letak beg tangan dan dompet aku depan rumah aku, tak kira apa yang jadi, semua orang tengah cari kau, sebelum apa-apa terjadi lebih baik kau serahkan semula,” ujarnya.

Tambahnya lagi, laporan polis telah dibuat dan segala bukti menerusi rakaman CCTV juga diserahkan.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai mula meninggalkan pelbagai reaksi berhubung rakaman tersebut.

Ada yang sempat berseloroh mengenai gelagat pencuri tersebut kerana perwatakan beraninya memecah masuk rumah orang, rupanya takut kepada seekor kucing.

“Boleh dikatakan ‘moment’ memalukan seorang pencuri, tunjuk berani pecah masuk rumah orang, curi barang orang, tapi kau sendiri takut kucing yang comel itu,” kata seorang pengguna.

“Mujur kucing tuan rumah tak gigit kau wahai si pencuri, risau demam panas kau lepas itu terkejut, jadi pencuri tak takut pula,” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI