fbpx

Geram tengok Vida tayang gelang emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI tayang emas Vida kurang disenangi, bahkan dia didakwa bersikap riak.

SELALUNYA, pada bulan Ramadan ramai selebriti sepi sebentar daripada sebarang kontroversi atau kecaman ramai. Tetapi sebaliknya berlaku kepada Datuk Seri Vida.

Masih aktif meraih kecaman dan kritikan netizen dalam media sosial terutama selepas dia memuat naik video menayang koleksi gelang emas baru-baru ini.

Dalam ruangan komen, selain sindiran, ramai juga yang kurang senang dengan tindakan Vida menayang koleksi gelang emasnya.

“Jangan riak Datuk tetapi kenapa bunyi emas itu macam tidak padu? Emas kosong ke?” soal netizen.

Mungkin niat Vida hendak mempromosi produk tetapi disalah tafsir oleh netizen. Bak kata orang ramai, Vida dan kontroversi berpisah tiada.

Selain itu, bentuk fizikal Vida yang kelihatan kurus berbanding sebelum ini turut mencuri perhatian ramai sehingga ada yang mula bertanya tentang tip turunkan berat badan.

DIVA: Ramai juga memuji lakonan Rita Nadira dalam drama Jangan Menangis Cinta dan Kerana Dia Suka. Jangan selepas ini tiba-tiba muncul dengan kontroversi murahan sudahlah ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI