fbpx

West Ham mula pasang harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICE meledak satu gol ketika membantu West Ham mencatat kemenangan ke atas Lyon awal pagi semalam. – AFP

LYON – Pengurus West Ham United, David Moyes menggesa barisan pemainnya supaya bersedia untuk menjadi pasukan pilihan selepas melayakkan diri ke separuh akhir dalam saingan Liga Europa musim ini.

The Hammers menyingkirkan Olympique Lyon pada pusingan suku akhir selepas mencatat kemenangan 3-0 pada aksi timbal balik yang berlangsung di Stadium Groupama awal pagi semalam.

Tiga gol menerusi Craig Dawson, Declan Rice dan Jarrod Bowen membolehkan West Ham menang 4-1 secara agregat, sekali gus mara ke separuh akhir Liga Europa buat kali pertama dalam sejarah kelab itu.

“Kami bukanlah pasukan pili­han untuk memenangi Liga Europa, tetapi sekarang saya mahu semua pemain fikir West Ham berada dalam landasan terbaik bagi menjulang kejua­raan ini.

“Saya sangat bangga dengan prestasi yang ditampilkan seluruh pasukan. Saya juga lega kerana kami dapat bangkit de­ngan aksi lebih baik berbanding pada pertemuan pertama sebelum ini,” kata Moyes.

Bekas pengendali Manchester United itu juga percaya mereka boleh melakar keajaiban dengan memenangi saingan Liga Europa musim ini selepas sudah lama tidak menjulang sebarang trofi.

“Kami melakukan sesuatu yang cukup baik dalam tempoh dua tahun walaupun belum memenangi trofi. Kami boleh berbangga kerana menewaskan beberapa pasukan yang cukup berpe­ngalaman di pentas Eropah,” ujarnya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI