fbpx

Spurs tak sanggup ‘berputih mata’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CONTE (tengah) mengakui bahawa para pemain Spurs bersungguh-sungguh untuk memburu slot ke pentas Liga Juara-Juara musim depan. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte memberitahu para pemainnya bahawa kehidupan mereka bakal berubah sekiranya pasukan itu berjaya mara ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Spurs ketika ini sedang berada pada kedudukan terbaik untuk mengisi slot terakhir ke sai­ngan berkenaan selepas meraih kemenangan dalam empat perlawanan terakhir dan memiliki kelebihan tiga mata berbanding Arsenal yang kekurangan satu perlawanan.

Kembali ke saingan berprestij Eropah itu memberi implikasi besar buat pasukan yang ­berpangkalan di utara London tersebut terutama hasrat mereka untuk terus mengekalkan khid­mat penggempur utama, Harry Kane.

“Kami melihat betapa pen­tingnya beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara, ia adalah kejohanan yang cukup menakjubkan dan saya percaya para pemain mempunyai keinginan yang tinggi untuk berada di sana.

“Ia adalah saingan di mana setiap kelab dan semua pemain serta pengurus sangat mengidam­kannya. Ia akan meng­ubah hidup anda jika berjaya untuk beraksi di sana, ia tidak sama seperti Liga Europa ataupun Liga Konferens Europa.

“Situasi ketika ini cukup baik kerana mampu mendorong kami dan membuatkan kami semakin bersungguh-sungguh untuk mencari penamat terbaik musim ini seterusnya layak ke saingan Liga Juara-Juara” kata Conte.

Spurs bakal melayan kunju­ngan Brighton di Stadium Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris malam ini dan perlu mencari kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan di tangga keempat liga ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI