fbpx

Ramai teruja pengeluaran khas KWSP lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran orang ramai mengenai pengeluaran khas KWSP.

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekali lagi menjadi sebutan apabila orang ramai mula berkongsi status permohonan pengeluaran khas masing-masing di media sosial hari ini.

Tinjauan di Facebook KWSP juga mendapati, ramai pencarum berkongsi status permohonan yang telah diluluskan berserta dengan tarikh bayaran.

Rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa bersyukur kerana permohonan mereka itu berjaya dan bayaran akan dibuat bermula 20 April ini iaitu sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Alhamdulilah saya sudah lulus, pembayaran 21hb.. Syukur ya Allah,” kata Haney.

“Lega bila semak permohonan nampak warna hijau. Kepada yang masih belum lulus, harap bersabar ya,” kata Dhia.

“Gembiranya dapat bayaran pada 21 April, sempat beli baju raya baru untuk anak-anak,” kata Salman.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna media sosial meluahkan kebimbangan berikutan status permohonan mereka masih menunjukkan ‘permohonan diterima’.

“Masih diterima.. Apply (mohon) lambat hari itu, 4 April baru mohon. Moga ada rezeki untuk lulus,” kata Lara.

“Masih permohonan diterima, sabarlah rezeki tidak akan pernah salah alamat,” kata Ayien.

Terdahulu, KWSP mengumumkan permohonan simpanan pengeluaran khas maksimum sebanyak RM10,000 dibuka bermula 1 April hingga 30 April ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI