fbpx

Pemain TFC, Mohd. Faiz dikejarkan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar status berhubung status kesihatan Mohd. Faiz yang dimuat naik adik perempuannya.

KUALA TERENGGANU – Pemain sayap Terengganu FC (TFC), Mohd. Faiz Nasir dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini selepas mengadu mengalami masalah kesihatan awal pagi tadi.

Pengurus pasukan TFC, Mohd. Fadhil Wahab, berkata, pemain berusia 29 tahun yang digelar peminat sebagai ‘Messi Terengganu’ itu mengalami muntah-muntah pada pukul 3 pagi.

“Sebelum kejadian beliau menjalani latihan seperti biasa bersama rakan sepasukan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus.

“Latihan malam itu sebagai persiapan menghadapi Sarawak United pada aksi Liga Super malam esok,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu tular status di media sosial yang dipercayai dimuat naik adik perempuan Mohd. Faiz memaklumkan pemain itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital.

Mohd. Fadhil berkata, status kesihatan Mohd. Faiz namun masih belum dapat disahkan oleh pakar perubatan HSNZ.

Ujar beliau, pemeriksaan lanjut sedang dilakukan terhadap tahap kesihatan jantung pemain lincah terbabit.

“Saya dimaklumkan keadaannya stabil. Sama-sama kita doakan beliau segera pulih dan dapat membantu TFC dalam saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya.

Difahamkan Mohd. Faiz baru pulih daripada simptom demam berpanjangan sehingga terlepas dua perlawanan awal Liga Super menentang Petaling Jaya City FC dan Johor Darul Ta’zim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI