fbpx

Ten Hag mampu kejut roh United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ten Hag

NAMA Erik Ten Hag sudah pastinya amat popular saat ini memandangkan nama pengurus kelab bola sepak Ajax Amsterdam itu disebut-sebut semakin hampir melangkah ke Old Trafford musim depan.

Dengar-dengarnya Ten Hag sudah bersetuju secara lisan untuk menjadi pengurus baharu Manchester United bagi menggantikan pengurus interim, Ralf Rangnick pada penghujung musim ini.

Sebenarnya, ada satu lagi nama yang turut disenarai pendek untuk jawatan ‘panas’ tersebut iaitu pengurus kelab mewah, Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino, namun ramai dalam kalangan ahli lembaga pengarah United cenderung memilih Ten Hag.

Difahamkan, Ten Hag yang tamat kontrak dengan Ajax pada hujung musim ini tidak memerlukan The Red Devils mengeluarkan sebarang perbelanjaan untuk melantiknya.

Bagaimanapun, jika memilih Pochettino, United perlu menebus kontrak jurulatih kelahiran Argentina itu bernilai jutaan pound sterling selain pretasi bekas pengurus Tottenham Hotspur itu dilihat merudum di kota Paris.

Justeru, apa yang boleh United harapkan jika mereka melantik Ten Hag sebagai bos baharu di Old Trafford?

Mendalami Ten Hag, beliau bukanlah seorang suka menonjolkan diri dan bukan jenis yang menyatakan dengan jelas cita-cita untuk muncul sebagai jurulatih terkemuka dunia. Ten Hag dilihat seorang yang sangat merendah diri dan jurulatih sederhana.

Situasi itu mungkin disebabkan oleh latar belakang diri Ten Hag. Beliau berasal dari timur Belanda, di mana terdapat mentaliti sangat sederhana selain komunitinya bercakap dengan loghat agak pekat.

Masyarakat mereka juga kurang mendapat perhatian pihak luar, sebaliknya mereka memandang tinggi kepada orang-orang yang datangnya dari Amsterdam, Rotterdam dan The Hague, tempat di mana pejabat besar, industri dan parlimen negara itu berada.

Meskipun memiliki latar belakang seumpama itu dengan loghat pekat, situasi Ten Hag kekal berbeza. Dari segi kewangan bukan motivasi buat dirinya dan beliau tidak memerlukan pekerjaan berpangkat besar di mana-mana peringkat kerjaya.

Ini kerana, Ten Hag berasal daripada keluarga yang sangat kaya, bapa dan adik-beradiknya merupakan jutawan malah keluarganya memiliki syarikat hartanah dan firma kewangan.

Jika diikutkan, bapanya mahu Ten Hag menguruskan syarikat keluarganya, namun sejak usia muda beliau minat dengan bola sepak malah dia sendiri merupakan seorang pemain pertahanan yang cemerlang.

Dalam pada itu, falsafah bola sepak Ten Hag memiliki persamaan seperti Pep Guardiola dan Johan Cruyff atau dikenali sebagai Dutch Total Football. Gaya permainan yang sering menyerang selain mencipta sesuatu di atas padang.

Pada akhirnya, mampukah Ten Hag membangkitkan semula roh gergasi The Red Devils atau sekadar seorang lagi Ralf Rangnick 2.0.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI