fbpx

Sharifah Rose nafi jadi anak emas stesen TV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEJAK mula aktif berlakon sekitar tahun lalu, Sharifah Rose semakin laris disambar rumah produksi dan stesen televisyen.

PETALING JAYA – Pelakon Sharifah Rose menepis dakwaan sesetengah pihak apabila dikatakan menjadi ‘anak emas’ kepada stesen televisyen (TV) gara-gara semakin kerap membintangi beberapa buah drama dengan memegang watak heroin.

Bercakap kepada Kosmo! Online, pemilik nama lengkap Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira itu menganggap tawaran memegang watak heroin dalam drama adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Tuhan untuknya.

“Saya tidak anggap bahawa diri saya anak emas stesen TV. Mungkin bermula dengan drama pertama iaitu Kekasih Hati Mr. Bodyguard, pihak stesen perasan lakonan saya dapat menarik ramai penonton.

“Jadi dari situ saya diberi peluang oleh stesen TV untuk membintangi drama seterusnya. Alhamdulillah saya bersyukur dengan tawaran yang diberikan ini,” ujarnya yang akan muncul dengan drama terbaharu berjudul Do You Love Me, Captain?.

Ujar Rose tentang naskhah tersebut yang menjadi drama ketiga lakonannya, dia bersikap terbuka jika wataknya sebagai Daneena masih mendapat kritikan penonton selepas drama Kekasihku Mr. Bodyguard dan 3 Nota Cinta.

Ujar pelakon berusia 24 tahun itu, kritikan tidak sesekali akan mematahkan semangatnya untuk terus berlakon, malah boleh menjadi penyuntik semangat agar dia terus tekun belajar memantapkan mutu lakonannya.

“Saya tidak pernah ambil hati jika lakonan saya dikritik. Sebab kadang-kadang memang saya akui ada berbuat salah, namun tidak sedar.

“Saya mungkin ingat sudah buat dengan betul, tetapi penonton lagi bijak menilainya. Dari situ, saya akan belajar untuk jadi lebih baik lagi.

“Untuk drama terbaharu ini, saya bergandingan dengan pelakon Ali Rezark yang juga merupakan seorang pelakon baharu. Jadi kami berdua perlu bekerja lebih keras lagi,” katanya ketika ditemui dalam sidang media virtual drama Do You Love Me, Captain? baru-baru ini.

Sekadar info, drama Do You Love Me, Captain? disiarkan menerusi slot Lestary TV3 bermula 13 April lalu pada setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam.

Selain Sharifah Rose dan Ali Rezark, Do You Love Me, Captain? arahan pengarah Adam Hamid turut dibintangi oleh Azim Yusof, Hazeeq Dean dan Faye Kusairi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI