fbpx

Perut masih memboyot hamil, Rihanna dicurangi A$AP Rocky?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN antara Rihanna dan kekasihnya A$AP Rocky didakwa diganggu orang ketiga, Amina (gambar dalam bulatan).

SARAT hamil anak pertama, kecoh dalam gelanggang Twitter, penyanyi pop Rihanna dilaporkan dicurangi kekasih, A$AP Rocky.

Menurut sumber, @Kurrco yang membocorkan desas-desus berkenaan kepada umum, Rocky atau nama sebenarnya, Rakim Athelaston Mayers curang dengan seorang wanita yang juga pereka kasut jenama milik Rihanna, Fenty iaitu Amina Muaddi.

“Rihanna dan A$AP Rocky telah berpisah.

“Rupa-rupanya, Rihanna memutuskan hubungan dengannya selepas Rocky ditangkap berlaku curang dengan pereka kasut Fenty, Amina Muaddi,” ciap pemilik akaun Twitter itu sekali gus menjadi viral dalam kalangan peminat global.

Disebabkan satu ciapan tersebut, ramai melahirkan rasa tidak puas hati dan mengkritik Rocky yang seperti tidak sedar diuntung diterima sebagai kekasih Rihanna selepas hampir 10 tahun hanya berstatus rakan pemuzik bilionair itu.

“Bayangkan 10 tahun ‘di-friendzone’ Rihanna dan sekarang selepas Rihanna menerimanya sebagai kekasih, dia curang belakang wanita itu,” ciap seorang pengguna Twitter.

Dalam pada itu, seorang pengguna Twitter hampir tidak percaya bahawa Rocky tergamak berlaku curang dengan seorang wanita sesempurna Rihanna.

“Lupakan realiti yang wanita dicuranginya ialah Rihanna dan curang di belakang seorang wanita yang sedang sarat hamil anak anda memang sangat tak masuk akal,” coretnya.

Akaun media sosial wanita terkait iaitu Amina kini sedang menjadi ‘serangan’ para peminat yang tidak berpuas hati dengan tindakannya merosakkan hubungan antara Rihanna dan Rocky.

Sungguhpun begitu, baik Rihanna dan Rocky masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu yang sedang meletus dalam media sosial tersebut.

Terdahulu, sekitar Januari, Rihanna atau nama sebenarnya, Robyn Rihanna Fenty mendedahkan kepada orang ramai bahawa dirinya hamil anak pertama hasil hubungan dengan rapper, Rocky. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI