fbpx

Peguam pemandu wanita nahas basikal lajak sahkan fail rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sam Ke Ting memperoleh kebenaran untuk merayu terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 di Mahkamah Rayuan hari ini.

JOHOR BAHRU – Peguam kepada pemandu wanita, Sam Ke Ting yang dijatuhkan hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam mengesahkan pihaknya telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk merayu keputusan berkenaan.

Peguamnya, Muhammad Faizal Mokhtar berkata, notis usul kebenaran merayu berserta permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman telah difailkan melalui sistem e-filing mahkamah.

Katanya, pihaknya turut memfailkan permohonan bagi mempercepatkan pendengaran rayuan bagi kes anak guamnya.

“Notis kebenaran merayu beserta sijil perakuan segera, kedua-duanya telah difailkan hari ini.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada Sam Ke Ting,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun beserta denda RM6,000 kepada Ke Ting, yang mana jika gagal bayar akan dikenakan tambahan enam bulan penjara.

Selain itu, wanita berkenaan juga hilang kelayakan lesen memandu selama tiga tahun sebaik sahaja selesai menjalani tempoh hukuman.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI